Sunday, November 13, 2011

Hari Raya

okie

X banyak yang aku ingin ceritakan pada Hari Raya Qurban.

I believe few a pictures will be enough to tell the story..


Orang buat korban memang x jauh belakang umah aku je.Mase aku balik tu sempat la aku bergambar dengan lembu-lembu ni.Semua sekali ada 3 ekor,yang kaler hitam kat belakang tu kongsi ramai-ramai,yang kaler kuning 2 ekor tu sumbangan UMNO Bentong.


Ni gambar anak sedara aku,kemain lagi berposing...

Last but no least,this is my favourate...

FTW
Gambar mase upacara korban xde gambar sebab aku sibuk g tolong orang melapah.Ni je la aku punye kisah hari raye korban minggu lepas,sori lambat update...


Friday, November 11, 2011

Tercapai jua.

Okie.

Seperi kebiasaanya,cuti semester merupakan masa yang amat dinanti-nantikan oleh setiap pelajar.Tidak kiralah,pelajar sekolah,pelajar universiti mahupun pelajar tadika semuanya menanti hari cuti walaupun pada hari minggu.Bagi mereka,masa ini merupakan peluang untuk merehatkan minda,akal dan diri masing-masing setelah 5 hari berhempas pulas pergi balik ke kelas untuk berjihad menuntut ilmu.

Berbalik kepada kisah aku tadi,hari ini merupakan hari permulaan bagi cuti pertengahan semester.Walaupun cuti hanya seminggu,ianya cukup bermakna bagi seorang pelajar seperti aku lebih-lebih lagi semua ujian dan assigment sudah disiapkan sebelum cuti.2 bulan duduk di universiti memang memeritkan dan cuti selepas ujian memang sesuatu yang 'awarding' bagi setiap pelajar.Cuti semester kali ini juga bersempena dengan sambutan Hari Raya Qurban.

Mukadimah sudah aku berikan,ini pula kisah aku.

Aku punya tiket hari sabtu pagi bas PLUSLINER.Ini kes beli tiket lambat.tiket pada hari-hari lain sudah habis dijual(maklum la cuti semester).Bas aku bertolak pada pukul 11.30 pagi seperti yang tertulis pada 'on board' diatas sekeping tiket warna hijau dan putih.

10 minit sebelum 'onboard' aku sudah menunggu di perhentian bas depan kolej kediaman aku di ump,dan sepeti biasa bas akan lambat  sampai sebab bas bertolak dari Kuantan kemudian akan singgah di UMP.Akhirnye kelibat bas berwana hijau putih kelihat dan berhenti di depan perhentian bas.

Erk..aku terkedu melihat bas 2 tingkat dihadapan aku.wow.Akhirnye,impian aku untuk menaiki bas ini tercapai juga.Memang hati aku teruja untuk naik bas ini.Sudah lama aku mengidam untuk menaiki bas ini.Asal lalu je bas ni depan mata aku akan pasang angan-angan untuk menaikinya pada suatu hari nanti dan pada hari ini aku akan menaikinya.

Aku tunjukkan tiket aku kepada pemandu bas dan terus menuju ke atas untuk mencari tempat duduk aku.Dalam perjalan ke tempat duduk,aku menyusuri ruang yang agak sempit ironinya tempat duduk yang disediakan sungguh luas dan selesa.2 jam aku duduk di tempat duduk bas ini,tiada banyak rungutan dari aku.

Mungkin aku otak aku melayang untuk menyambut hari raya adiladha pada esok hari ataupun aku hanya menaikinya separuh jalan kerana aku turun di tol Bentong....

finally..
P/S-to be continued...

*cmne cara penulisan aku?okie x?