Monday, February 28, 2011

muvi

Akhirnye,selepas dipaksa relakan oleh  kroni-kroni,aku layan gak crite 'hantu kak limah balik rumah' arahan Mamat Khalid.Bace je tajuk,aku terus buat asumption yang ni adalah crite hantu.Padahal ni crite lawak.haishh.Cmne legen cam aku ni buleh kene tipu dengan tajuk je.Tu la balasan orang 'judge book by its cover'.kan dh nyesal...
Kalau x,masa kuar pawagam aritu aku dh pegi tengok siap duduk seat depan lagi.

Walaupun aku takut-takut gak nak tengok tapi lawak die leh buat orang gelak mengekeh-ngekeh.Akhirnya jugak aku paham kenapa crite ni ada bawak pengaruh besar kat masyarakat-masyarakat di sekeliling aku dan jugak kroni-kroni aku yang x abis-abis:-

"cec cite-ce cite"
"bala-bala"
"plawok-plawok"
"soli-soli"



Tu baru dialog yang selalu keluar dari mulut dorang,belum lagi yang dorang wat gerakan-gerakan yang dalam crite ni lagi dengan crite balik scene-scene yang lawak dalam crite ni.

Akhir sekali,mintak maaf la kat kroni-kroni klas aku yang terpaksa menunggu lama untuk aku tengok crite siap pujuk aku lagi suruh tengok crite ni,them trimas la kat mat dean,am_san dan Luqman Syafiq Rahim yang sudi teman aku tengok crite ni.Bukan ape,tengok sorang-sorang xde feel la.


haish..

Sunday, February 27, 2011

adrenaline

I get called an adrenaline junkie every other minute, and I'm just fine with that.
Steve Irwin (host crocodile hunter)

I would have probably stolen cars - it would have given me the same adrenaline rush as racing.
Valentino Rossi (moto gp racer)

I will be the focal point for however long I decide to play. Half of me likes that idea and half of me doesn't, but once the adrenaline kicks in, I'll probably really enjoy it.
Martin Gore (artist)

Bila anda baca pasal quotes diatas,mesti korang tertanye-tanye kenapa setiap manusia ada adrenaline.Sebelum tu,ni aku rembat sket maksud adrenaline kat wiki.
"Epinephrine (also known as adrenaline) is a hormone and a neurotransmitter.It increases heart rate, constricts blood vessels, dilates air passages and participates in the fight-or-flight response of the sympathetic nervous system".
Pandai-pandai la anda transelateknaya.Aku pun sebelum ni x penah plak rase kemunculan adrenaline kat dalam badan aku.Mungkin ada@penah terjadi,cume x perasan kot kehadirannya.
So semalam,aku ngan kroni-kroni pegi naik Genting highland untuk release tension sebab baru lepas test.Sepanjangnya aku berada diatas aku try la  permainan yg mencabar tahap
adrenaline dalam badan aku ni.Ini ada info-info pasal permainan-permainan yang aku main.

Spinner

Location: Genting Land

It's a whirlwind adventure that'll take you to breathtaking new heights of excitement! So hop on and get ready for the spin of your life!

Features:

    * 48 individual seats
    * Oscillates and tilts
    * Rides can rise up to 8 feet

Minimum Height Requirement: 107cm
Express Lane: Available

Ride Facts
Type of Ride     Thrilling and fun
Country of Origin     Italy
Manufactured By     Zamperla
Speed     3.5 meters / second
Duration     90 seconds
Weight     5000 kg
Total No. of Coloured Lights     1500 pieces

Cyclone

Location: Genting Land

A rollercoaster with "big" thrills!

Minimum Height Requirement: 122cm
Express Lane: Available


Ride Facts
Type of Ride     Intense, not for the faint-hearted
Original Name     Cyclone or Zyklone Z40
Country of Origin     Pinfari, Italy
Total No. of Cars     6 units
Weight Per Car     320 kg
Capacity Per Car     4 persons
Speed     2 – 12 meters / second
Duration of Ride     1 minute

Pirate Ship



 Location: Frontier Land

A true high seas adventure!
Experience a thrilling ride on the brand new Pirate Ship!

Minimum Height Requirement: 122cm
Express Lane: Available




Space Shot



Location: Magic Mountain

Space Shot is a rapid vertical ascent and descent amusement ride. It lifts up to 12 people into the air, providing an exciting G-force on the way up and a feeling of weightlessness on the way down.

Passengers are also able to take in the scenery around them on the way up, as this ride is an open-air ride. Strapped onto seats, four to a side of the tower, the starting sequence cannot be initiated until all passengers are safely secured to their seats.

Minimum Height Requirement: 137cm
Express Lane: Not Available

Ride Facts
Type of Ride     Intense, not for the faint-hearted
Country of Origin     USA
Manufactured By     S & S Power Inc
Speed     67 km/hour
Maximum Capacity     12 persons
Height     185 feet

Sungai Rejang Flume Ride


Location: Frontier Land

Splash into the waters of Sungai Rejang in this wet & wild journey that will have you screaming at the top of your voice!

Minimum Height Requirement: 122cm
Express Lane: Available


Ride Facts
Type of Ride     Intense, not for the faint-hearted
Country of Origin     Italy
Total No. of Boats     24 units
Capacity Per Boat     4 persons
Speed     0.9 – 1.5 meters / second
Duration     10 minutes
   
Rolling Thunder Mine Train

Location: Frontier Land

Dive and plunge through rocky mountains and darkened caves on a wild roller coaster ride with a rollicking difference.

Minimum Height Requirement: 122cm
Maximum Height Requirement: 183cm
Express Lane: Available


Ride Facts
Type of Ride     Intense, not for the faint-hearted
Country of Origin     France
Track Length     600 meters
Total No. of Cars     6 units
Capacity Per Car     4 persons
Maximum Capacity     24 persons
Speed     2 - 12 meters / second
Duration of Ride     1.5 minutes

Flying Dragon

 Location: Frontier Land

Take a thrilling ride through the clouds on the Flying Dragon roller coaster.

Minimum Height Requirement: 107cm
Express Lane: Available


Ride Facts
Type of Ride     Intense, not for the faint-hearted
Country of Origin     Italy
Track Length     490 meters
Total No. of Cars     5 units
Maximum Capacity     20 persons
Speed     16 – 35 km/hour
Duration     1.5 minutes

Grand Prix Fun Kart



Location: Magic Mountain

Speed demons, here's your chance to exceed all speed limits and test your reflexes and driving skills.

Minimum Height Requirement: 153cm

Ride Facts
Type of Ride     Thrilling and Fun
Country of Origin     USA
Total No. of Cars     10 units
Track Length     800 meters
Speed     10 km / hour
Capacity     1 person / car
Duration     5 minutes

Lepas aku main setiap satu permainan diatas,baru aku tau apa sebenarnya adrenaline tu mcm mana sebenar nye.Lagi satu,untuk kroni-kroni aku semalam trimas,korang sume memang best of the best la aku nk cakap kat cini.Kalo xde korang,memang x sampai la aku ke Genting Highland dan aku sangat enjoy masa bersama korang bak kate pepatah 'pelita kalo xde api xde gune'.Skang ni,badan aku pn dh sakit-sakit,suara pun dah nak xnak keluar mcm,hope you enjoy the readings and the info.CHOW...

Friday, February 25, 2011

aktiviti retro

Tadi,tyme aku duduk sorang-sorang dalam bilik,x tau aktiviti pe yang nk wat.Aku baring-baring jap,tetibe ada flashback pasal aktiviti yang aku salalu wat bile kecik-kecik dulu.Tyme kecik-kecik dulu banyak gak aktiviti-aktivi retro yang slalu aku wat.Layan...

melastik
Tyme kecik-kecik dulu kuat terpengaruh dengan crite perang cam crite leftnan adnan,bukit kepong  rambo predator dan macam-macam lagi la.Bile tengok dorg punye senapang rase nak beli je satu tp kalo beli yang kt pasar malam tu apa barang,takat tekan kuar bunyi-bunyi je baik x yah.aku nak yang cam real punye yang leh tembak kuar peluru la senang crite.Dan-dan lak tyme tu ade lastik kayu yang aku pn x tau mane asal-usul lastik berkenaan,aku pun sebat wat harta.Lastik pun lastik la,janji buleh tembak kuar peluru.Dah siap aku modified lastik tu,aku pun berangan/belakon jadi watak-watak dalam crite perang.Yang jadi mangsa-mangsa perang ni ialah ayam-ayam farmville ternakan mak aku.bertempiaran mereka-mereka ni lari kalo nampak aku bawak lastik.Baru dia tau siapa aku.hahaha...
ini lastik
jerat ayam
Dulu aku rajin gak tangkap ayam gune jerat.cara die senang je,mula-mula aku ikat tali jadi huruf 'O' lepas tu aku setup kat tengah laman then tabur dedak/gandum kat tengah-tengah huruf 'O'.Aku nyorok dalam semak.Baru nampak cam dalam crite predator sket kn,mengendap-mengendap ni.lepas tu dah agak-agak kaki ayam masuk kat dalam huruf 'O',aku pun,tarik la tali,kaki ayam pun terikat kat tali tu.Malam tu pe lagi goreng la.
mandi sungai
Ha...yg aktiviti yang aku paling suke.Belakang umah aku ade la sungai.x la besar mne,kecik je.Cuaca panas dan aktiviti pn x brape nk ada,aku rojer membe-membe pakat mandi sungai,tapi sungai ni xde la dalam sangat,org kate kalo nak wat snorkling,kuak lentang,tirup tu memang x leh la.Walaupun x leh nk wat aksi-aksi tadi,tp memang puas hati mandi sebab dapat menyegarkan badan,nak-nak tyme panas berdenting.
xde pun gambar aku kat atas ni.
                                    

tangkap ikan
Agak-agak busan mandi sungai,ada lagi aktiviti air satu lagi.Belakang umah aku gak de petak-petak sawah yang dah ditinggalkan,dalam petak-petak sawah ni la aku dengan membe-membe bawak sauk sorang satu ntuk tangkap  ikan.Sambil-sambil tu main baling-baling lumpur,konon nye baling-baling salji la.Ye la kat malaysia xde salji kan.main baling-baling lumpur pun jadi la.Dah macam gambang waterpark pulak.

main bola
Kat kampung aku xde padang,kalo sangap sangat nak main atas padang pun,padang sekolah yang kat seberang kampung.Kalo rase nak main kejar-kejar ngan pak guard sekolah kitorang main kat citu.Sebagai altenatif ktorg main kat atas jalan tar je la.Ada satu ari tu,bleh plak tersepak bola ke tingkap umah orang pecah terus,bertempiaran kitorang lari.tyme aku lari tu,aku tgk tuan punya rumah dah menyumpah seranah sambil pegang batang penyapu.X kene kejar ngan pak guard,kene kejar ngan tuan rumah pn excersice gak.sihat badan...

panjat pokok
Ni lagi satu bende yang aku suka buat kalo xde keje,depan umah aku tu ada pokok manggis,rambutan,durian tu blom kire pokok yg de kat dusun belakang umah lagi.Punye banyak pokok aku leh panjat.Disebabkan kan terpengaruh dengan crite tarzan dan aku gak penah jatuh pokok sebab bergayut telepon  kat dahan pokok.Sejak dari tu aku xnk dh panjat pokok dan aku jugak x suke dh jadi tarzan.

Oleh kerana faktor usia,lastik pun dah hilang,ayam pun lari tah kemana,sungai dah x brape bersih,jiran aku ambik air sawah tadi untuk kolam ikan die,mak cik yang kejar ngan batang penyapu dah pindah dan aku x suke giler kat tarzan sebab pakai cawat je so,aku x dpat dah buat aktiviti retro diatas ni,dah pencen.Sekarang ni,aku banyak ber-DOTA je memanjang,teman membe ber-cityville di facebook siang malam,mendownload x abis-abis.haish...

Monday, February 21, 2011

huyooo..


"lawanya"
"menawan"
"smart,smart"
"kalo aku dapat ni,memang aku explore abis"
"bukak itu bukak ini"
"picit itu picit ini"
"kalo pusing ape jadi?"
"makin jauh atau makin dekat"
"slimnye  bentuk badan"
"suke btol yang slim-slim ni" 
"mesti selesa pegang"
"yang penting senang handle"
"main tangkap-tangkap pun best"
"termakbul cita-cita"
"kalau aku dapat KAMERA DSLR tu"

Sunday, February 20, 2011

technosexual

Bace je tajuk di atas mesti korang ingat aku nak cerita pasal benda yang bukan-bukan kan?Sebenar nya
aku nk crite sket pasal technosexsual ni.Ape yg dimaksudkan dengan transexsual ni?Pekejadahnyeperkataan ni?What the animal is technosexsual?Sebelum anda-anda semua google.
"Technosexsual means
     A person (usually a male) with a strong aesthetic sense and a love of gadgets"
Meh aku tolong translatekan ke bahasa ibunda anda.Apa yang aku paham dari statemen diatas
ialah technosexsual ni adalah seseorang individu yang gemarkan
gadjet terutama barang elektronik seperti playstation,xbox,wii xperia x10 dan barang elektrik yang sewaktu dengan nya.Persoalanya kenapa kaum adam ni suke sangat gadjet?
 
Berikut adalah jawapan kepada persoalan tersebut....

1.untuk nampak macho/kool
cube korang bayangkan,yang lelaki tengah tunggu bas,then henset die berbunyi.Dia dengan macho nye angkat henset dia sambil
rambut berterbangan kebelakang ditiup angin cam dalam iklan syampoo tuu.henset die plak bukan calang-calang
henset,blacberry beb.confirm awek-awek yang ade tunggu bas sekali kat situ terus terpegun nye.
 
2.untuk bersaing dengan rakan-rakan
seperti yang korang sedia maklum,kaum lelaki ni memang suka bersaing sesama rakan-rakan,siapa ada awek paling cun la
,spe pakai pling cun smart la,spe lari pling laju la dan yang pling penting adalah
siapa yang pakai gadjet paling latest,pling cambest,pling power antara mereka.
 
3.memang minat/hobi
Ada juga yang suke gadjet ni sebab memang minat,kalo kaki-kaki gamers tu,barang wajib ialah
psp,xbox 360,alienware atau pun playstation.

4.Duit berlebih x tau nak wat pe dah
kalo ade yang anak2 owner secret recipe ke,owner big apple dan tauke-tauke besar lain yang wang nya x tau nk wat apa/poket tebal je memanjang.Mereka lebih cenderung untuk buat pelaburan ke dalam
gadjet-gadjet masing.Ye la banyak sangat duit sampai x tau nak beli apa.

5.boleh buat peneman masa busan
gadjet ni gak boleh digunakan tyme busan.Seperti yg kite tau,lelaki gak memang mudah busan dengan
apa-apa sje.So,bagi menghilangkan rasa busan dorang pun main la gadjet yang dorang bawak masa tu cam psp ke,henset android ke.

6.sesuai ngan jiwa
ade jugak yang lelaki suke kan gadjet sebab sesuai ngan jiwa mereka.Sebagai contoh kalo lelaki tu berjiwa
music ofkos la die ada Apple Ipod/Walkman then kalo lelaki tu berjiwa games mesti la die ada playstation. 

7.keperluan 
Seperti yang kita tau juga,manusia ni memang x puas hati dengan ape yang mereka ada.X terkecuali dengan kaum adam ni.Mereka-mereka ni mesti nak upgrade ape yang mereka ada seperti contoh kalo hardisk,mereka akan
beli external hardisk,maklum la lelaki ni kan suke kumpul video.



Konklusinya ialah lelaki dan gadjet x leh dipisah kn.Tanye la kaum adam sendiri kalo x caya.Mesti ada je gadjet idaman mereka.kepada lelaki di luar sane,beli la gadjet di dalam batasan kewangan anda.Jangan berhutang keliling pinggang sebab nak beli gadjet sudah.....chow....


wah..memang heaven jadi mamat ni..

Saturday, February 19, 2011

3 suku

Dunia ni memang ada macam-macam orang kerenah,telatah,perangai dan lain-lain lagi yang boleh buat kita tergelak,paling cikai pun buat kita tersenyum bila melihat/mendengar gelagat mereka-mereka ni.Sepanjang aku hidup aku kat dunia ni memang banyak aku jumpa menusia macam mereka-mereka ni.Ade yang buat aku gelak mengekeh dan x kurang gak yang buat hati aku menyirap sakit ati.Mane x nye,tyme aku nk seyes,leh plak dorang wat lawak.Mujur aku ni jenis penyabar,kalo x kena dh lama kena lesing ngan aku.Tapi aku tau,dorang buat semua tu untuk buat orang sekeliling hepi bile duk ngan dorang.So,aku layan je la....

Berikut adalah beberapa situasi perbualan yang sempat aku rakam(rakam la plak kn).

Situasi 1

mat      :kak ade kerja kosong x?
kak de :ade..banyak kat pejabat pos bandar tu..try la pergi carik
mat      :pejabat pos?
kak de :haah..tapi hari sabtu ngan ahad je kje...
mat      :sabtu ngan ahad,kerja apa?
kakde  :haah..sebab sabtu ngan ahad pejabat pos kosong...cuti..
            try crik dekat sana


Situasi 2

bini :beli pisang goreng lagi,tiap-tiap hari pisang goreng,muka pun dah macam pisang.
laki :ye la,dah favourate..
bini :daripada awak asyik membeli je,baik awak tanam tanam pisang sendiri,xpayah membazir beli
laki :eh awak ni,kalo tanam sendiri xde la orang beli pisang goreng.

Situasi 3

abu:takut la nak lalu kat situ,tempat tu keras la
adib:ko ni,memang la tempat tu keras,tempat tu kan banyak batu
 
Situasi 4
 
yobo : baru balik dari petik pucuk paku.
ujang : banyak tu je,cukup ke?kalau x cukup datang umah aku ambik.
yobo : eh ye ke...bila masa pula abang ujang ni tanam pucuk paku?
ujang : siapa plak kate pucuk paku,paku je pucuk ko pegi la carik sendiri.


Haish,memang la mereka-mereka ini,mujur aku x terikut perangai mereke-mereka ini.Kalau x,aku pun x tau la pe yang nak jadi ngan aku.

P/S-cerita diatas bukan direka-reka,memang benar-benar terjadi cuma nama je bukan name sebenar.

Thursday, February 17, 2011

Budak-budak

"Ejat!!!nak tranformers optimus prime yang tu besar itu satu",sambil menyebut dalam sleng pelat menuding jari ke arah permainan yang diidam-idamkan di tempat permainan kanak-kanak.Maklum la,kalo mak dorang jalan-jalan di shopping kompleks memang x ingat dunia.Mujur aku ade tolong babysit kan anak-anak dorang.
"Amboi ko..byk duit abah ko,kite beli gula-gula seposen dapat 2 dah la. boleh makan",jawab aku kembali dengan harapan anak saudara aku yang berumur 5 tahun termakan pujukan aku.Tapi,sangkaan aku meleset sekali apabila aku kalah juga dengan dia.Dia telah menggunakan satu kuasa yang agak dasyat iaitu dia buat muka comel macam kucing (puss in boots) yang dalam cerita Sherk.Bak orang kata,muka je ganas tapi dalam hati ada taman(eh...aku bukan orang ke? ;p)

"Haish....kempis juga wallet aku,baru nak saving",rungut aku di dalam hati "Ha ambik la yang mana nak" sambung aku lagi sebagai bapa saudara yang mithali.Dia pun ambik la permainan tersebut lalu dipeluknya dengan erat macam budak-budak lain nak rampas dari dia pula."Eh....kenapa ambik dua,satu lagi siapa punya" tanya aku kepada dia."Ambik dua la,kalau ambik satu nanti robot ni nak lawan ngan siapa,xde geng la dia?",dia menjawab pertanyaan aku dengan selamba nya.Aduh.....
Aishhhh....kalau difikirkan balik seronok nya jadi kanak-kanak sebab x perlu memikirkan banyak maslah tentang kehidupan seharian dan apa yang berlaku disekeliling anda.Boleh dikatakan semua hajat/wish mungkin dapat dipenuhi. Nak itu,nk ini,semua dapat,kalau mak ayah mereka x bagi sekali pun,mereka boleh mintak dekat orang lain pula,kreatif sungguh mereka-mereka sekarang ini dalam misi untuk mendapat kan bende/gadjet/permainan yg menjdi idaman kalbu..

Lain la kita sebagai manusia yang dah kian meningkat dewasa ni,umur pun bukan makin muda tapi makin tua.Macam-macam benda kena belajar,kena ambik tahu,kena berdikari,kena itu,kena ini,ye la...sampai bila nak mengharapkan mak ayah,famili atau orang sekeliling.Lain pula kisah nya dengan kanak-kanak,hidup mereka kite kena guide sehingga la mereka dah baligh.Semua pilihan mereka kte yg pilih baik baju,makanan, mahupun kawan.
Sebagai orang dewasa juga,kita kena pandai berdikari dengan erti kata lain kena pandai hidup sendiri tanpa bantuan orang lain.Dalam meniti anjakan paradigma kini,kita kena sentiasa bersedia untuk masa yang akan datang.Ekonomi pula yang tidak menentu pula tu,lagi meningkat cabaran sekarang ini,terutama hal-hal yang berkenaan dengan wang ringgit.Selain itu,kita juga perlu pandai membuat pilihan yang bijak dalam membuat pilihan.

Semua orang yang hidup dimuka bumi ini pernah melalui fasa dari seorang bayi yang cumil kepada orang dewasa yang cun/macho.Jadi,aku nak nasihatkan la jangan  mudah putus asa dengan kehidupan.Just rilek hadapi cabaran dengan tenang dan hargai setiap detik masa kita didunia ini .Ini ada satu soalan cepu emas-"Kalau diberi peluang untuk kembali ke zaman kanak,adakah anda nak?"Kalau aku xnk sebab tidak boleh kahwin dan kena sunat lgi skali.hahaha...

CHILL.....

.
    tengok...siapa x cair tengok kecomelan puss in boots

Wednesday, February 16, 2011

BOSAN

 
Berikut adalah tentang perkara yang membosankan rakan-rakan/awek anda ketika anda meluangkan masa bersama-sama mereka.
 
Pada malam minggu,rakan-rakan anda mengajak anda melepak.Rakan-rakan anda sedang seronok bersosial sesama mereka di kedai mamak atau lepak-lepak di tepi jalan/longkang sambil bercerita tentang life,awek,sukan dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya.Manakala,anda pula sedang menelaah buku pelajaran dengan rasa tidak bersalahnye tanpa menghiraukan keadaan sekeliling dan rakan-rakan anda yang berharap dapat mendengar cerita anda.
 
Dalam panggung wayang,anda bersama-sama awek/rakan-rakan (mostly awek la) sedang menonton movie yang agak best. Awek/rakan-rakan anda sedang kusyuk menonton cerita dihadapan sambil mengunyah pop corn,manakala anda pula tidak sudah-sudah bercerita tentang kesudahan movie tersebut atau pun meneka apa yang akan dilakukan oleh karekter-karekter di dalam movie terbabit selepas itu sehinggakan awek/rakan-rakan anda bukan mengunyah pop corn dah tetapi mengunyah kotak pop corn akibat geram dengan anda.Awek/rakan-rakan anda rasa sungguh 'menyirap' sehinggakan
keluar dari panggung wayang.Anda pula bukan nye nak kejar untuk memujuk awek/rakan-rakan anda tetapi bercerita pula kepada orang yang duduk disebelah anda.
 
Ketika sambutan hari jadi anda,rakan-rakan anda sibuk membincangkan tentang prank terbaik sepanjang zaman untuk mengenakan anda pada hari bersejarah tersebut.Maklum la,kerja prank memprank ni hanya setahun sekali,lain la kalau anda lahir pada tahun lompat yang hanya menyambut hari lahir 4 tahun sekali(haish..untung mereka-mereka ini).Bukan main lagi rakan-rakan anda ini memikirkan tentang prank yang sesuai,tidak cukup dengan perbincangan,rakan-rakan anda siap buat proposal,mind map dan brain storm dikalangan mereka untuk menyediakan usul yang akan digunakan untuk mengenakan anda. Ketika diprank,semasa diprank dan sewaktu diprank,anda tiada reaksi langsung terhadap prank tersebut,anda hanya buat derk je seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku,sehinggakan,rakan-rakan anda pula
yang rasa mereka telah diprank oleh anda.
 
'Die jalan-jalan tiba-tiba die terpijak kambing'sambil anda gelak terbahak-bahak sorang-sorang sambil terguling-guling sambil tahan perut. Itulah lawak yang anda cerita berulang kali kepada rakan-rakan anda ketika berjumpa.Rakan-rakan anda pun dah lali dengan lawak tersebut sehinggakan mereka sudah tidak gelak dah apabila anda bercerita tentang lawak tersebut.Lebih teruk,rakan-rakan anda siap boleh miming percakapan anda.
 
Kepada anda-anda yang merasakan anda adalah salah seorang daripada individu yang membosankan rakan-rakan yang berada didalam situasi diatas.Masih belum terlambat untuk berubah.Banyak lagi peluang untuk tidak menjadikan rakan-rakan anda bosan.Hidup anda ini hanya sekali begitu juga dengan rakan-rakan,jadi gunakan sepenuh nya masa bersama orang tersayang dengan menceriakan mereka.CHILLLL...