Wednesday, February 16, 2011

BOSAN

 
Berikut adalah tentang perkara yang membosankan rakan-rakan/awek anda ketika anda meluangkan masa bersama-sama mereka.
 
Pada malam minggu,rakan-rakan anda mengajak anda melepak.Rakan-rakan anda sedang seronok bersosial sesama mereka di kedai mamak atau lepak-lepak di tepi jalan/longkang sambil bercerita tentang life,awek,sukan dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya.Manakala,anda pula sedang menelaah buku pelajaran dengan rasa tidak bersalahnye tanpa menghiraukan keadaan sekeliling dan rakan-rakan anda yang berharap dapat mendengar cerita anda.
 
Dalam panggung wayang,anda bersama-sama awek/rakan-rakan (mostly awek la) sedang menonton movie yang agak best. Awek/rakan-rakan anda sedang kusyuk menonton cerita dihadapan sambil mengunyah pop corn,manakala anda pula tidak sudah-sudah bercerita tentang kesudahan movie tersebut atau pun meneka apa yang akan dilakukan oleh karekter-karekter di dalam movie terbabit selepas itu sehinggakan awek/rakan-rakan anda bukan mengunyah pop corn dah tetapi mengunyah kotak pop corn akibat geram dengan anda.Awek/rakan-rakan anda rasa sungguh 'menyirap' sehinggakan
keluar dari panggung wayang.Anda pula bukan nye nak kejar untuk memujuk awek/rakan-rakan anda tetapi bercerita pula kepada orang yang duduk disebelah anda.
 
Ketika sambutan hari jadi anda,rakan-rakan anda sibuk membincangkan tentang prank terbaik sepanjang zaman untuk mengenakan anda pada hari bersejarah tersebut.Maklum la,kerja prank memprank ni hanya setahun sekali,lain la kalau anda lahir pada tahun lompat yang hanya menyambut hari lahir 4 tahun sekali(haish..untung mereka-mereka ini).Bukan main lagi rakan-rakan anda ini memikirkan tentang prank yang sesuai,tidak cukup dengan perbincangan,rakan-rakan anda siap buat proposal,mind map dan brain storm dikalangan mereka untuk menyediakan usul yang akan digunakan untuk mengenakan anda. Ketika diprank,semasa diprank dan sewaktu diprank,anda tiada reaksi langsung terhadap prank tersebut,anda hanya buat derk je seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku,sehinggakan,rakan-rakan anda pula
yang rasa mereka telah diprank oleh anda.
 
'Die jalan-jalan tiba-tiba die terpijak kambing'sambil anda gelak terbahak-bahak sorang-sorang sambil terguling-guling sambil tahan perut. Itulah lawak yang anda cerita berulang kali kepada rakan-rakan anda ketika berjumpa.Rakan-rakan anda pun dah lali dengan lawak tersebut sehinggakan mereka sudah tidak gelak dah apabila anda bercerita tentang lawak tersebut.Lebih teruk,rakan-rakan anda siap boleh miming percakapan anda.
 
Kepada anda-anda yang merasakan anda adalah salah seorang daripada individu yang membosankan rakan-rakan yang berada didalam situasi diatas.Masih belum terlambat untuk berubah.Banyak lagi peluang untuk tidak menjadikan rakan-rakan anda bosan.Hidup anda ini hanya sekali begitu juga dengan rakan-rakan,jadi gunakan sepenuh nya masa bersama orang tersayang dengan menceriakan mereka.CHILLLL...
 


No comments:

Post a Comment