Thursday, February 17, 2011

Budak-budak

"Ejat!!!nak tranformers optimus prime yang tu besar itu satu",sambil menyebut dalam sleng pelat menuding jari ke arah permainan yang diidam-idamkan di tempat permainan kanak-kanak.Maklum la,kalo mak dorang jalan-jalan di shopping kompleks memang x ingat dunia.Mujur aku ade tolong babysit kan anak-anak dorang.
"Amboi ko..byk duit abah ko,kite beli gula-gula seposen dapat 2 dah la. boleh makan",jawab aku kembali dengan harapan anak saudara aku yang berumur 5 tahun termakan pujukan aku.Tapi,sangkaan aku meleset sekali apabila aku kalah juga dengan dia.Dia telah menggunakan satu kuasa yang agak dasyat iaitu dia buat muka comel macam kucing (puss in boots) yang dalam cerita Sherk.Bak orang kata,muka je ganas tapi dalam hati ada taman(eh...aku bukan orang ke? ;p)

"Haish....kempis juga wallet aku,baru nak saving",rungut aku di dalam hati "Ha ambik la yang mana nak" sambung aku lagi sebagai bapa saudara yang mithali.Dia pun ambik la permainan tersebut lalu dipeluknya dengan erat macam budak-budak lain nak rampas dari dia pula."Eh....kenapa ambik dua,satu lagi siapa punya" tanya aku kepada dia."Ambik dua la,kalau ambik satu nanti robot ni nak lawan ngan siapa,xde geng la dia?",dia menjawab pertanyaan aku dengan selamba nya.Aduh.....
Aishhhh....kalau difikirkan balik seronok nya jadi kanak-kanak sebab x perlu memikirkan banyak maslah tentang kehidupan seharian dan apa yang berlaku disekeliling anda.Boleh dikatakan semua hajat/wish mungkin dapat dipenuhi. Nak itu,nk ini,semua dapat,kalau mak ayah mereka x bagi sekali pun,mereka boleh mintak dekat orang lain pula,kreatif sungguh mereka-mereka sekarang ini dalam misi untuk mendapat kan bende/gadjet/permainan yg menjdi idaman kalbu..

Lain la kita sebagai manusia yang dah kian meningkat dewasa ni,umur pun bukan makin muda tapi makin tua.Macam-macam benda kena belajar,kena ambik tahu,kena berdikari,kena itu,kena ini,ye la...sampai bila nak mengharapkan mak ayah,famili atau orang sekeliling.Lain pula kisah nya dengan kanak-kanak,hidup mereka kite kena guide sehingga la mereka dah baligh.Semua pilihan mereka kte yg pilih baik baju,makanan, mahupun kawan.
Sebagai orang dewasa juga,kita kena pandai berdikari dengan erti kata lain kena pandai hidup sendiri tanpa bantuan orang lain.Dalam meniti anjakan paradigma kini,kita kena sentiasa bersedia untuk masa yang akan datang.Ekonomi pula yang tidak menentu pula tu,lagi meningkat cabaran sekarang ini,terutama hal-hal yang berkenaan dengan wang ringgit.Selain itu,kita juga perlu pandai membuat pilihan yang bijak dalam membuat pilihan.

Semua orang yang hidup dimuka bumi ini pernah melalui fasa dari seorang bayi yang cumil kepada orang dewasa yang cun/macho.Jadi,aku nak nasihatkan la jangan  mudah putus asa dengan kehidupan.Just rilek hadapi cabaran dengan tenang dan hargai setiap detik masa kita didunia ini .Ini ada satu soalan cepu emas-"Kalau diberi peluang untuk kembali ke zaman kanak,adakah anda nak?"Kalau aku xnk sebab tidak boleh kahwin dan kena sunat lgi skali.hahaha...

CHILL.....

.
    tengok...siapa x cair tengok kecomelan puss in boots

1 comment: